Sunday, March 20, 2011 0 luahan kata kamu...

Kenapa mesti berdegil.....

 
Sekadar hiasan. 

 Sekarang sudah masuk minggu ketiga bulan Mac
bermakna sudah 3 bulan penguatkuasaan kempen Hari Tanpa Beg Plastik dijalankan
tapi masih ada yang berdegil untuk mengikut serta dalam kempen ini.
Bukan untuk siapa pun kempen ini semua penduduk boleh rasa manfaatnya.


Rasanya bukan susah sangat kempen ini, cuma sekali seminggu. 
itu pun macam-macam cakap-cakap belakang yang akaq dengar.
Belum lagi kerajaan suruh buat kempen ni setiap hari, silap-silap ada yang buat demostrasi kot. 
Kalau rasa payah jugak nak ikut, senang cakap tak payah la keluar ber'shopping' pada hari tu.
Habis cerita.....


Ada setengah-setengah permis perniagaan terpaksa mengambil jalan untuk 'mengajar' penduduk yang keras kepala ni dengan cara mengenakan bayaran ke atas setiap helai penggunaan beg plastik. Biar mereka bertemu buku dengan ruas..


Kerajaan bukan kejam sangat tiba-tiba je buat arahan seperti itu.
 Tapi sebelum dijalankan kempen ini, awal-awal lagi penduduk diajar pembelian menggunakan beg mesra alam. Tak salah kalau akaq katakan beg tu pun bukan sekadar untuk buat shopping tapi untuk kegunaan lain jugak..



 Akaq bukan sekadar beri peringatan saja, tapi untuk mempersiapkan diri sendiri agar sentiasa ingat tentang kempen ini.
Kalau tak ingat macam ni la rupanya...hahahah...

Ada yang bertanya pada akaq
"Kalau beli ikan ke daging ke..nak buat macam mana, tak ke berair nanti?"
Bagi akaq, semua benda yang kita nak beli mesti ada perancangan kan,
kalau dah tahu nak beli tu, sediakan la tong ikan yang kaler putih tu..
Tu pun nak kena ajar jugak ke?...iskh3

So, marilah kita sama-sama turut serta menjayakannya demi negara kta
sekaligus generasi akan datang....
Bila Hati Mula Berkata: Tepuk dada tanya selera.....
 
;