Tuesday, January 25, 2011 0 luahan kata kamu...

Yum..yum..


minggu yang lepas akaq telah menyahut seruan mak
berkempen 'Minggu tanpa nasi' dengan membuat pizza
dengan berbekalkan resepi yang dikutip dari internet
(kan sekarang suma hujung jari..hehehe)
syukur la kami berjaya mengharungi kempen dengan jayanya
walaupn rotinya dah macam biskut kerasnya
ok la tu kira 2-in-1 ......



mr.hubby kononnya dengan penuh bangga
berminat nak jd juri tak professional
awal-awal dah fail
ditarik-tarik tak de la yang bertali-tali tu
harapkn topping je meriah
orang lain buat bulat, akaq buat petak
suka hati akaq je....



 mr hubby dengan tak sabarnya
mencuba meskipn baru je keluar oven
tak sabar tunggu mr hubby komen pas makan
ermmmmm.....


akhirnya mr hubby komen
'kira ok la ni, janji bleh makan'
komen mr hubby menyejuk kn hati
takpe nnt akaq cuba lagi
kali ni nak belajar dengan adik ipar akaq
cara buat pizza gebu menggebu cam akaq ni...kihkih




Bila hati mula berkata: Belajar dari kesilapan. Kalau semua yang dibuat betul, kita masih di takuk yang lama, tak berubah menjadi yang lebih baik.

Saturday, January 15, 2011 0 luahan kata kamu...

Berkat Menabung...

 Berakhirnya tahun 2010
maka akaq kne la tutup akaun akaq sendiri.
Dengan berbekalkan tabung botol susu ni
akaq dan hubby akaq menabung,
demi masa depan yang gemilang dan terbilang
kne la menabung dari sekarang.
Bak kata Karam Singh Walia
'dikit-dikit, lama-lama jadi bukit'
'susah dahulu, senang kemudian'.

Yang botol biru tu hubby akaq punya
yang pink tu akaq yang punya,
jadilah dari xde langsung kn..hehe

So, sekarang dh tahun baru kn,
kne la mula menabung balik.
jom kita lawan sapa yang penuh dulu..hehehe.

Bila hati mula berkata : Jangan sampai bergaduh adik beradik berebut syiling hanya kerana nk botol penuh cepat...haha

Thursday, January 6, 2011 1 luahan kata kamu...

Sorotan sepanjang 2010

Sepanjang perjalanan 2010 ini,
terlalu banyak kenangan pahit dan manis dilalui,
akaq cuba mengimbas kembali sejarah yang tercatat
untuk dikenang bersama.

Sebagai permulaan bagi tahun 2010
hubby telah memulakan projek membaikpulih
kolam ikan depan rumah yang bocor,
ni lah hasilnya setelah beberapa minggu 
mengerjakannya.

Kucing kesayangan akaq,
Sheikh telah 'kembali' ke pangkuan Penciptanya,
biar pun dipandang hanya seekor binatang manja berbulu,
tapi bagi akaq ianya lebih dari segalanya,
ialah teman,
ialah penghibur kala duka.


Tapi apa kan daya,
kita hanya mampu mencuba dan berserah kepada-Nya
setelah menerima rawatan di klinik pakar,
akaq tetap tidak dapat menolak takdir,
akaq relakan pemergiannya.

Bercakap soal kematian ni,
pada bulan Ogos lalu,
family akaq sempat membuat majlis tahlil
untuk menyambut ulangtahun ke -2
ayah mertua yang akaq pernah sekali bersua muka.


Terima kasih buat penduduk Bandar Sri Perani,
kerana sudi menghadirkan diri dalam majlis
yang tidak seberapa ni.

Hanya sedikit santapan yang sempat 
kami hidangkan,
semoga arwah Hj. Abdul Ghani bin Abd. Rashid
dicucuri rahmat dari-Nya.

Dan segala budi dan jasa baik arwah 
tetap kalian ingati dan dikenang,
serta bantuan yang disalurkan
kepada kami akan kami hulurkan
satu hari nanti.
Al-Fatihah.


Setiap tahun penduduk kampung
tidak pernah lupa menganjurkan majlis maulud nabi
dari rumah ke rumah di sekitarnya,
mengeratkan lagi perhubungan sesama jiran.

Bersemangat semua
mengalunkan selawat.

Projek seterusnya 
membina landskap di belakang rumah,
bermula dengan tempat panggang bbq
bila la nak rasmi memanggang.

Sekadar mampu dipandang
sebab baru naik tiang....hehe.

Akaq ingatkan sepanjang tahun lepas
bebas dengan kenangan duka,
rupanya meleset.

Family akaq diuji dengan kemalangan
2 adik ipar lelaki akaq dengan lori tanker,
mengakibatkan kedua-duanya patah kaki sebelah kiri.  
kesannya Uda dan Alang menjalani operation
masuk besi,
tapi nasib Alang kurang baik berbanding Uda
sebab terpaksa menerima rawatan intensif
selama lebih 50 hari.


Birthday Alang pun terpaksa disambut di Hopital saja,
meskipun di sana kami tetap menyambut seperti sebelumnya,
bezanya kali ni Alang sedikit seksi tanpa baju....hahaha

Ni lagi satu
kegilaan hubby iaitu helicopter
sanggup redah sesak bandar KL semata-mata 
nak beli benda ni.

Tapi last-last sekejap je
sebab bateri benda ni xtahan lama
kata hubby nak kena setting ape tah,
pandai-pandai la hubby kerjakan nanti,
takut nanti tikus baiki labu lak....

Untuk acara penutup tahun lepas
family akaq sambut birthday si Izni,
bukan main seronok dapat kek ais krim,
dah la dianya hantu ais krim..

Akaq berharap tahun 2011 ini
menjanjikan seribu kenangan yang indah,
menjauhkan duka lara yang meruntum jiwa kental akaq ni.
Aminnnnn....

Bila hati berkata : Selamat Tahun Baru semua, mulakan dengan azam tak kira azam baru ke lama,
kerana dengan azam hidup akan lebih bermakna....








 
;