Sunday, July 31, 2011 0 luahan kata kamu...

Ia datang lagi...


Bulan Ramadhan kini tiba lagi...
Umat Islam yang beriman mesti tak sabar menunggu ketibaan saban tahun...
mana kan tidak, bulan Ramadhan lah bulan di mana kita boleh menggandakan pahala
Setiap hari di bulan Ramadhan ini lah banyak perkara yang boleh kite buat
untuk men'double'kan pahala contohnya:



i) kalau bulan biasa, jangankan nak bukak al-Quran, simpankn pun xtau kat mana, jumpe2 dh berhabuk. time nilah kite bukak dan baca serta menghayati makna2 yang terkandung di dalamnya daripada duk mengumpat dan dengar umpatan sekali..



ii) segala perbuatan kite hendaklah kite kawal. contohnya, kalau bulan biasa kite acap latah melatah dengan bahasa yang x best didengar, di bulan Ramadhan ni kite tetap gak melatah tapi dengan menyebut 'subhanallah', 'alhamdulillah','allahuakbar', etc yang sedap didengar, pahala pun dapat..xsusah kan..


iii) pakaian kite nk kene jaga, bukan untuk kite je, untuk yang melihat jugak, kesian pahala puasa dh kurang..kih3..dh cukup 11 bulan kite melaram, bulan puasa kite pakai yang menutup skit, sejuk mata sapa yang memandang..



iv) yang penting dh nama pun bulan puasa, kene la puasa betul2, bukan lama sangat pn sebulan je kan, perut pn nk rehat, kite yang keje non-stop pn boleh jam, jangan igat perut xkene..time ni la jugak kite leh diet, nk jaga badan kan..


akhir sekali, semoga segala perbuatan kite di bulan puasa ini diterima Allah. Amin..



bila hati mula berbicara: malu pada budak2 yang berjinak2 nk puasa sedang kite yang dewasa ni beri beribu alasan untuk tidak berpuasa..iskh3
Saturday, June 4, 2011 0 luahan kata kamu...

Malang berganda...(Ujian dari-MU)



pagi semalam (jumaat, 3 june 2011) along kene operate buat kali ke-5
kali ni operate buang besi lak
en. doc kata kakinya 'kalah' ngan besi
(untuk pengetahuan sebelum ni dh dua kali operate
buang besi ganti besi baru, sbb ade jangkitan kuman)

baru igat bukak sekolah nnt alang dh bleh sambung blaja
tapi pe leh buat mc lg la die ni...
kesian die terpaksa lalui menda2 ni suma..
anggap je dugaan Allah untuk hapus dosa 
yang kite xsedari...
dan sebagai peringatan buat kite
bila2 masa saja Tuhan bleh uji kite..
cuma cara yang berbeza..

sama2 lah kite doakan kesihatan die
dan kesihatan kite suma dalam keadaan baik2 belaka..
Aminnnnnn....


Bila hati mula berbicara : Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.
Sunday, May 22, 2011 3 luahan kata kamu...

Terkenangkan resepi umie...Lawa

dh lama akaq tak balik ke kampung
rindu sesgt masakan umie
tapi ape daya
sapa suruh gatal nk kawen kan
hahahaha

bila dh kawen ngan org len negri ni
baru terasa susahnya nk dapat makan
menda yang dh dari kecik jadi santapan kan
haa..tanggungla sendiri akaq oiii...

akaq xkira
akaq nk makan gak
pandai la akaq cari sendiri bahannya
klu ade sesapa yang tak penah langsung rasa
atau tak tahu pe menda la akaq ni nk wat kn
meh kite try sesama..
resepi ni namanya LAWA
lawa tang mana pun akaq xtau..

Bahan-bahannya ialah :-


Ikan tamban - bantai la ikut suka
(amek isi saja..tulang bagi je kat kucing, klu kucing tercekik
jawab la sendiri ek...hehehe)
ikan tu biar mentah k

camni rupanya lepas buang tulang
dan potong nipis-nipis
dan perah limau nipis (untuk memasakkan ikan tu)
xde la makan mentah2 gitu

kacang panjang
cili merah/cili padi
daun kesum
timun
bawang merah
suma bahan potong halus


tapi akaq suka klu tambah ckit bunga kantan
klu tak suka jgn bubuh
pastu gaul suma bahan
bersama sedikit garam dan gula
gaul hingga sebati


perap bahan2 tu dlm setengah hingga 1 jam
untuk meresapkn air limau nipis tu
pastu hidang dan makan

biasanya akaq suka makan ngan roti cm sandwish
terpulang la pada citarasa

SELAMAT MENCUBA..

Bila hati mula berbicara : Hai sushi bleh telan, nape lak ikan tamban ni geli lak.



Saturday, May 7, 2011 0 luahan kata kamu...

Selamat Hari Bonda



Buat semua bonda2..akk tuju lagu ini khas untukmu...


 klu diikutkan akk tiap2 hari
akk sambut hari ibu bapa
dengan menghadiahkan al-fatihah
jgn ingat bila mereka dh xde baru nk sedekah
skrg pun bleh demi kesejahteraan mereka.

tanpa ibu siapa la kite
dari sesuci umat hingga jd manusia berguna
jasa mereka xdpt dibalas dengan kekayaan.

baru2 ni akk ade terdengar di radio Suria.fm
Linda Onn bertanyakan Dato' Fadhilah Kamsah
tentang pendengar yang bertanyakan soalan
"bagaimana caranya nak hulur duit pada ibu sedangkan gajinya kecil?"
tersentap jantung mendengar soalan yang akk pun rasa begitu
jawab Dato': seorg ibu tidak berkehendakkan duit anknya tapi
ingatan kite terhadapnya. seorg ibu yang mendapat RM 50 berasa amat terharu
bukan kerana nilainya yang sedikit tapi meskipn tahu anknya tidak berdaya
tapi tetap ingat akan ibunya di kampung.

jd sementara ibu kite masih ada
sama-sama la kite menyayangi mereka
berbuat baik terhadap mereka
keberkatan hidup kite atas doa mereka..aminn





pada umie : Along terlalu sayangkan umie, terima kasih kerana membesarkan along menjadi manusia..maaf
klu along ade buat silap yg menyinggung hati umie...muahhh

pada mak : Balqis sayangkan mak, maaf klu menantu mak ni perangai cam hantu ek...muahhhh







Bila hati mula berbicara :  Syurga itu di telapak kaki ibu....
Monday, April 18, 2011 0 luahan kata kamu...

aku rindu kamu....



dh agak lama akaq tak menjenguk kampung halaman
terasa rindu yang teramat mendalam
tapi keadaan tak mengizinkan
harap kalian suma paham
keadaan dan situasi yang terpaksa akaq lalui

akaq berharap masa itu akan menjelma nanti...\
akaq sayang kamu
akaq cinta kamu..
sungguh.......

Saturday, April 16, 2011 0 luahan kata kamu...

komen kurang ajar...



lepas masak akaq teruja tul nak tgk maharaja lawak minggu 3
maklum la nk langgan tak kuasa sbb semata-mata nk tgk ni
kne berabis duit
bukan akaq selalu tgk tv sangat kan
intenet kn ade, bukak je you tube tu

pas nabil, tgk sepah
dh tgk sepah tgk man
dh abis layan man, tgk lak amir

video


pergh...
pe la nasib amir,
nk wat lawak xjd..haru tul.
tertgk lak komen xtau la mamat ke minah
tapi dia punya komen memang xsyg mulut..
berbau kenegerian ni..


hello, tuan punya mulut
tak de orang nk dilahirkan bodoh..
igat senang ke nk melawak ni..klu nk kutuk mamat ni kutuk je la
jgn lak main kutuk-kutuk negeri lak
peserta lain pun ade gak wat lawak bangang
tak de ko kutuk negeri dia
memang akaq akui ketidakcerdikan si amir ni
tapi klu tak suka jgn la undi 
abis cite..

jgn sampai pasni ko kne gam 
tak pun kne saman ke
pada semua nak komen pun berpada-pada tau...


Bila hati mula berkata-kata :  Sensitiviti orang kne jaga...
Sunday, March 20, 2011 0 luahan kata kamu...

Kenapa mesti berdegil.....

 
Sekadar hiasan. 

 Sekarang sudah masuk minggu ketiga bulan Mac
bermakna sudah 3 bulan penguatkuasaan kempen Hari Tanpa Beg Plastik dijalankan
tapi masih ada yang berdegil untuk mengikut serta dalam kempen ini.
Bukan untuk siapa pun kempen ini semua penduduk boleh rasa manfaatnya.


Rasanya bukan susah sangat kempen ini, cuma sekali seminggu. 
itu pun macam-macam cakap-cakap belakang yang akaq dengar.
Belum lagi kerajaan suruh buat kempen ni setiap hari, silap-silap ada yang buat demostrasi kot. 
Kalau rasa payah jugak nak ikut, senang cakap tak payah la keluar ber'shopping' pada hari tu.
Habis cerita.....


Ada setengah-setengah permis perniagaan terpaksa mengambil jalan untuk 'mengajar' penduduk yang keras kepala ni dengan cara mengenakan bayaran ke atas setiap helai penggunaan beg plastik. Biar mereka bertemu buku dengan ruas..


Kerajaan bukan kejam sangat tiba-tiba je buat arahan seperti itu.
 Tapi sebelum dijalankan kempen ini, awal-awal lagi penduduk diajar pembelian menggunakan beg mesra alam. Tak salah kalau akaq katakan beg tu pun bukan sekadar untuk buat shopping tapi untuk kegunaan lain jugak..



 Akaq bukan sekadar beri peringatan saja, tapi untuk mempersiapkan diri sendiri agar sentiasa ingat tentang kempen ini.
Kalau tak ingat macam ni la rupanya...hahahah...

Ada yang bertanya pada akaq
"Kalau beli ikan ke daging ke..nak buat macam mana, tak ke berair nanti?"
Bagi akaq, semua benda yang kita nak beli mesti ada perancangan kan,
kalau dah tahu nak beli tu, sediakan la tong ikan yang kaler putih tu..
Tu pun nak kena ajar jugak ke?...iskh3

So, marilah kita sama-sama turut serta menjayakannya demi negara kta
sekaligus generasi akan datang....
Bila Hati Mula Berkata: Tepuk dada tanya selera.....
Tuesday, January 25, 2011 0 luahan kata kamu...

Yum..yum..


minggu yang lepas akaq telah menyahut seruan mak
berkempen 'Minggu tanpa nasi' dengan membuat pizza
dengan berbekalkan resepi yang dikutip dari internet
(kan sekarang suma hujung jari..hehehe)
syukur la kami berjaya mengharungi kempen dengan jayanya
walaupn rotinya dah macam biskut kerasnya
ok la tu kira 2-in-1 ......



mr.hubby kononnya dengan penuh bangga
berminat nak jd juri tak professional
awal-awal dah fail
ditarik-tarik tak de la yang bertali-tali tu
harapkn topping je meriah
orang lain buat bulat, akaq buat petak
suka hati akaq je....



 mr hubby dengan tak sabarnya
mencuba meskipn baru je keluar oven
tak sabar tunggu mr hubby komen pas makan
ermmmmm.....


akhirnya mr hubby komen
'kira ok la ni, janji bleh makan'
komen mr hubby menyejuk kn hati
takpe nnt akaq cuba lagi
kali ni nak belajar dengan adik ipar akaq
cara buat pizza gebu menggebu cam akaq ni...kihkih




Bila hati mula berkata: Belajar dari kesilapan. Kalau semua yang dibuat betul, kita masih di takuk yang lama, tak berubah menjadi yang lebih baik.

Saturday, January 15, 2011 0 luahan kata kamu...

Berkat Menabung...

 Berakhirnya tahun 2010
maka akaq kne la tutup akaun akaq sendiri.
Dengan berbekalkan tabung botol susu ni
akaq dan hubby akaq menabung,
demi masa depan yang gemilang dan terbilang
kne la menabung dari sekarang.
Bak kata Karam Singh Walia
'dikit-dikit, lama-lama jadi bukit'
'susah dahulu, senang kemudian'.

Yang botol biru tu hubby akaq punya
yang pink tu akaq yang punya,
jadilah dari xde langsung kn..hehe

So, sekarang dh tahun baru kn,
kne la mula menabung balik.
jom kita lawan sapa yang penuh dulu..hehehe.

Bila hati mula berkata : Jangan sampai bergaduh adik beradik berebut syiling hanya kerana nk botol penuh cepat...haha

Thursday, January 6, 2011 1 luahan kata kamu...

Sorotan sepanjang 2010

Sepanjang perjalanan 2010 ini,
terlalu banyak kenangan pahit dan manis dilalui,
akaq cuba mengimbas kembali sejarah yang tercatat
untuk dikenang bersama.

Sebagai permulaan bagi tahun 2010
hubby telah memulakan projek membaikpulih
kolam ikan depan rumah yang bocor,
ni lah hasilnya setelah beberapa minggu 
mengerjakannya.

Kucing kesayangan akaq,
Sheikh telah 'kembali' ke pangkuan Penciptanya,
biar pun dipandang hanya seekor binatang manja berbulu,
tapi bagi akaq ianya lebih dari segalanya,
ialah teman,
ialah penghibur kala duka.


Tapi apa kan daya,
kita hanya mampu mencuba dan berserah kepada-Nya
setelah menerima rawatan di klinik pakar,
akaq tetap tidak dapat menolak takdir,
akaq relakan pemergiannya.

Bercakap soal kematian ni,
pada bulan Ogos lalu,
family akaq sempat membuat majlis tahlil
untuk menyambut ulangtahun ke -2
ayah mertua yang akaq pernah sekali bersua muka.


Terima kasih buat penduduk Bandar Sri Perani,
kerana sudi menghadirkan diri dalam majlis
yang tidak seberapa ni.

Hanya sedikit santapan yang sempat 
kami hidangkan,
semoga arwah Hj. Abdul Ghani bin Abd. Rashid
dicucuri rahmat dari-Nya.

Dan segala budi dan jasa baik arwah 
tetap kalian ingati dan dikenang,
serta bantuan yang disalurkan
kepada kami akan kami hulurkan
satu hari nanti.
Al-Fatihah.


Setiap tahun penduduk kampung
tidak pernah lupa menganjurkan majlis maulud nabi
dari rumah ke rumah di sekitarnya,
mengeratkan lagi perhubungan sesama jiran.

Bersemangat semua
mengalunkan selawat.

Projek seterusnya 
membina landskap di belakang rumah,
bermula dengan tempat panggang bbq
bila la nak rasmi memanggang.

Sekadar mampu dipandang
sebab baru naik tiang....hehe.

Akaq ingatkan sepanjang tahun lepas
bebas dengan kenangan duka,
rupanya meleset.

Family akaq diuji dengan kemalangan
2 adik ipar lelaki akaq dengan lori tanker,
mengakibatkan kedua-duanya patah kaki sebelah kiri.  
kesannya Uda dan Alang menjalani operation
masuk besi,
tapi nasib Alang kurang baik berbanding Uda
sebab terpaksa menerima rawatan intensif
selama lebih 50 hari.


Birthday Alang pun terpaksa disambut di Hopital saja,
meskipun di sana kami tetap menyambut seperti sebelumnya,
bezanya kali ni Alang sedikit seksi tanpa baju....hahaha

Ni lagi satu
kegilaan hubby iaitu helicopter
sanggup redah sesak bandar KL semata-mata 
nak beli benda ni.

Tapi last-last sekejap je
sebab bateri benda ni xtahan lama
kata hubby nak kena setting ape tah,
pandai-pandai la hubby kerjakan nanti,
takut nanti tikus baiki labu lak....

Untuk acara penutup tahun lepas
family akaq sambut birthday si Izni,
bukan main seronok dapat kek ais krim,
dah la dianya hantu ais krim..

Akaq berharap tahun 2011 ini
menjanjikan seribu kenangan yang indah,
menjauhkan duka lara yang meruntum jiwa kental akaq ni.
Aminnnnn....

Bila hati berkata : Selamat Tahun Baru semua, mulakan dengan azam tak kira azam baru ke lama,
kerana dengan azam hidup akan lebih bermakna....








 
;